KUALA NERUS, 1 Julai 2025 - Kumpulan Terengganu Inc. hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFC Sdn Bhd) dalam satu majlis yang berlangsung di RAIA Hotel, Kuala Nerus sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan sukan dan belia khususnya sukan bolasepak di negeri Terengganu.
Majlis bersejarah ini menyaksikan kolaborasi strategik lima anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc. terdiri daripada TDM Berhad, EPIC Berhad, Syarikat Air Terengganu (SATU), Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. (LRTSB) dan Manis FM dengan nilai tajaan RM 1.65 juta yang merangkumi bentuk tunai dan perkhidmatan.
Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Ybhg. Dato’ Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun dalam ucapannya berkata, “Kami percaya bahawa kekuatan sesebuah pasukan bolasepak bukan sahaja bergantung kepada prestasi di padang tetapi juga memerlukan sokongan korporat, pengurusan professional, dan keterlibatan masyarakat secara menyeluruh. Kerjasama ini mencerminkan kesungguhan kami untuk memperkukuhkan ekosistem bolasepak Terengganu secara holistik”.
Majlis ini juga turut disaksikan oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri, pengurusan kanan syarikat, pengurusan TFC dan para media.
Ulasan
Catat Ulasan