TERENGGANU MENGAMUK KEATAS KUCHING CITY FC UNTUK MENGESAHKAN SLOT SEPARUH AKHIR PIALA FA 2022

 Pasukan Terengganu FC (TFC) berjaya mencipta  kemenangan bergaya apabila berjaya menewaskan pasukan Kuching City FC 4-1 dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.


Terengganu tampak garang diawal perlawanan  terus melancarkan serangan ke pintu gol pasukan lawan .Peluang Pasukan Terengganu FC mencipta jaringan hadir pada minit ke 10 hasil tendangan lemah dari kapten  pasukan Terengganu iaitu Kpah Sherman tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan .Gol pasukan Terengganu FC hadir pada minit ke 19 hasil umpanan yang menarik dan disambar oleh pemain lincah TFC, iaitu Faiz Nasir bagi menceriakan kem Pasukan Terengganu.


 Tersentak  dengan jaringan itu , Kuching City FC ternyata terus melancarkan serangan ke kubu pertahanan pasukan Terengganu tetapi berjaya dihalangan pertahanan kebal  yang diketuai oleh Argzim Redzovic . Pasukan Kuching City FC melancarkan serangan untuk mencipta jaringan dan hasil kesilapan mudah yang dilakukan oleh pertahanan TFC terus dihukum oleh pemain Kuching City FC iaitu Amir Amri Saleh untuk menyamakan kedudukan diseparuh masa yang pertama.


Bersambung dibabak yang kedua ,Terengganu yang nampak lebih bersemangat beraksi di puluhan ribu penyokong terus melancarkan serangan untuk mencipta jaringan tetapi berjaya dihalang oleh penjaga go pihak lawan.  Kemasukan Kipre Tchetche dan Nik Sharif memberikan impak untuk pasukan Terengganu dan pada minit ke 67 peluang yang terbuka hasil tendangan leret hanya melintasi depan pintu gol. Selang beberapa minit kemudian, Serangan bertali arus pasukan Terengganu membuahkan hasil dari hantaran lintang yang dilakukan oleh Petrus Shitembi berjaya menemui Tandukkan kepala yang dilakukan oleh penyerang Terengganu iaitu Kipre Tchetche bagi menceriakan kem sang Penyu.


Peluang terbaik TFC  hadir lagi hasil larian solo yang dilakukan oleh pemain gantian iaitu, Nik sharif yang berjaya memberikan ruang kepadaTchetche Kipre untuk menjaringkan gol kedua peribadinya dalam saingan Piala FA. Beberapa minit sebelum tamat perlawanan, Pasukan Terengganu berjaya menambah jaringan hasil tendangan leret yang dilakukan oleh Faisal Halim bagi menewaskan penjaga gol pasukan Kuching City FC.


Maka Tamat perlawanan , Terengganu(TFC) berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir dalam kancah  saingan Piala FA 2022 dan bakal melayani kunjungan skuad The Red Giant  dalam aksi separuh akhir nanti setelah Selangor FC berjaya menewaskan Sabah FC 2-0.

Ulasan