KEMENANGAN TERENGGANU MASIH DITANGGUH APABILA SEKADAR SERI 0 - 0 DENGAN NEGERI SEMBILAN

 IMPIAN Pasukan Terengganu FC (TFC) untuk kembali mencipta  kemenangan tidak kesampaian apabila seri sekadar 0-0 dengan Negeri Sembilan FC pada aksi saingan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.


Tambahan pula, kedua - dua pasukan terpaksa beraksi dalam cuaca buruk. TFC terlebih dahulu memiliki peluang pada minit ke-12 menerusi Kipre Tchetche namun sepakan leretnya di dalam kotak penalti tersasar ke sebelah kiri pintu gol lawan.



Selang beberapa minit kemudian ,Pengadil Mohamad Zamzaidi Katimin kemudian terpaksa menghentikan permainan selama sejam selepas hujan terlalu lebat dan cuaca buruk ketika aksi memasuki minit ke-13.


Sebaik permainan diteruskan TFC terus berusaha untuk memecahkan kebuntuan namun tolakan ayam tambatan pasukan Terengganu  ,  Kpah Sherman terkena tiang h

gol pasukan Negeri Sembilan dan disusuli voli Tchetche dari kawasan berbahaya gagal memenui sasaran.


Bersambung babak kedua, Pasukan Terengganu kehilangan rentak menyaksikan perlawanan dikuasai sepenuhnya oleh pasukan  Negeri Sembilan FC yang hadir melalui percubaan Matheus Alves pada minit ke-67 dan ke-73.


Peluang terbaik TFC  hadir  melalui gerakan solo Faisal Abdul Halim pada minit ke-76 namun Ahmad Syihan lebih cemerlang menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.


Pemain tengah, Manuel Ott hampir menceriakan TFC hasil rembatan padu pada minit ke-87 malangnya sekadar menggegar palang dan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan .  Pasukan Terengganu FC terpaksa akur berkongsi mata dengan pasukan Negeri Sembilan.

Ulasan