Terengganu FC (TFC) berjaya mencipta rentak Kemenangan dengan menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC dalam saingan Piala FA 2022 dengan jaringan 2-1 , di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong badak. Dengan kemenangan itu Terengganu layak ke pusingan seterusnya dalam kempen Piala FA.
Di awal perlawanan , Pasukan Terengganu terus melancarkan serangan ke kubu pertahanan Negeri Sembilan dah hampir menciptakan jaringan tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pasukan Negeri Sembilan FC . Gol pertama pasukan Terengganu tercipta gol sendiri dari herold Gualon hasil umpanan syafik Ismail terus menerjah jaring pasukan NSFC .
Tersentak dengan jaringan itu, pasukan NSFC Terus melancarkan serangan ke kubu pertahanan pasukan Terengganu dan hasilnya terus membuahkan hasil daripada tandukkan menarik dari pemain NSFC terus menerjah jaringan untuk menewaskan Rahadi Azli di pintu gol pasukan Terengganu. Masing masing terus memberikan impak yang menarikk bagi untuk mencipta jaringan untuk pasukan.
Beberapa minit kemudiaan. Hasil hantaran menarik, pasukan Terengganu(TFC) berjaya menambah jaringan hasil tendangan padu dari pemain sensasi buat pasukan Terengganu iaitu Faisal halim terus menerjah jaringan untuk meletakkan Terengganu mendahului pada separuh masa pertama.
Bersambung di babak kedua, tempo permainan sedikit pelahan dengan Negeri Sembilan FC yang lebih kerap mengatur serangan berbahaya ke kubu pertahanan pasukan Terengganu .Terengganu FC juga memiliki beberapa peluang selepas itu melalui gerakan jentera serangan Terengganu ,Kpah dan Tchetche kipre , malangnya penjaga gol NSFC lebih bijak mengawal pintu golnya daripada terus dibolosi. Oleh Dengan itu, Kedudukan itu kekal sehingga wisel perlawanan tamat dan kemenangan berpihak kepada Pasukan Terengganu .
Ulasan
Catat Ulasan