TERENGGANU GAH DI SSMZA MENEWASKAN "KING"


 Terengganu FC (TFC) terus mencipta rentak Kemenangan  dengan menewaskan pasukan Selangor dengan jaringan 2-0 , di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong badak dalam  saingan Liga Super Malaysia 2022.


Kemenangan 2-0 ini merupakan kemenangan kedua TFC dalam saingan Liga Super. Gol pertama Terengganu dijaringkan oleh Faisal Halim hasil tendangan terus menerjah jaring pasukan Selangor. Dengan jaringan itu,  pasukan Terengganu terus meningkat momintem pasukan untuk memburu gol yang diketuai oleh Tchetche kipre . Tamat separuh masa pertama dengan pasukan Terengganu mendahului Selangor FC.


Bersambung di babak kedua, tempo permainan sedikit pelahan dengan Selangor FC yang lebih kerap mengatur serangan berbahaya ke kubu pertahanan pasukan Terengganu .Terengganu FC  juga memiliki beberapa peluang selepas itu melalui gerakan pemain sayap,Syafik Ismail dan Tchetche kipre , malangnya Khairul Azhan  lebih bijak mengawal pintu golnya daripada terus dibolosi


Dalam pada itu . Pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kepada Pasukan Terengganu kerana pasukan pihak lawan menjatuhkan pemain Terengganu . Sepakan penalti itu disempurnakan dengan baik oleh kapten pasukan iaitu Tchetche Kipre bagi menambah jaringan buat pasukan Terengganu.


Dengan kemenangan ini Terengganu naik ke tangga ketujuh  hasil 2 kemenangan untuk memintas pasukan Selangor ditangga kelapan .

Ulasan