Syarikat TDC Holdings Sdn Bhd sah menjadi penaja utama pasukan Terengganu FC dengan menawaran penajaan dalam bentuk kewangan sebanyak RM 4 juta untuk 2 musim. Pihak TDC Holdings juga menawarkan penajaan tambahan dalam bentuk barangan dengan nilaian sebanyak RM 500 ribu. Ini menjadikan nilai tajaan keseluruhan mencecah RM 4.5 Juta untuk dua musim.
Logo "COLEVER" akan digunakan pada jersi utama pasukan Terengganu FC. Colever merupakan salah satu produk utama TDC Holdings yang mendapat sambutan hangat.
Syarikat TDC Holdings secara rasminya telah menandatangani kontrak sebagai penaja utama Terengganu FC bagi musim 2022 dan 2023 petang tadi yang telah berlangsung di Pejabat Pengurusan Terengganu FC.
Ulasan
Catat Ulasan