TERENGGANU MENGESAHKAN SLOT KE SUKU AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2021

       Kemenangan Terengganu FC keatas Perak FC semalam mengesahkan tempat ke suku akhir saingan Piala Malaysia. Terengganu FC berpesta gol menewaskan Perak FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.


    Makan Konate tidak mensia-siakan peluang  apabila menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-13 menerusi rembatan kencang dari jarak kira-kira 30 meter sesudah mendapat hantaran daripada Faisal Halim bermula situasi sepakan percuma.

       David Da Silva berjaya menjaringkan gol kedua TerengganuFC selepas bijak menyambar bola hantaran lintang Faisal di sebelah kanan pintu gol Perak FC untuk Terengganu FC mendahului 2-0.

         Terengganu FC berjaya mendapatkan gol ketiga menerusi rembatan menarik dari luar kotak penalti pemain kelahiran Ivory Coast, Dechi Marcel untuk mengukuhkan kedudukan 3-0. Kedudukan 3-0 kekal sehingga tiupan wisel separuh masa ditiupkan.

 

         Terengganu FC terus berpesta gol selepas Faisal Halim berjaya menyudahkan sepakan penalti yang diperoleh Terengganu FC selepas Makan Konate dijatuhkan Mohamad Aizat Safuan pada minit ke-61. Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.


      Pada aksi keempat peringkat kumpulan ini, skuad kendalian Jurulatih Nafuzi Zain berjaya mengekalkan rekod bersih sekali gus mengutip 12 mata untuk terus memimpin carta Kumpulan B dengan baki dua perlawanan lagi menentang Selangor FC dan Kuching City FC di tempat lawan.

Ulasan