Darul Aman jadi saksi kebangkitan TERENGGANU cipta kemenangan

       Rekod tanpa kalah Kedah di Stadium Darul Aman musim ini terkubur selepas tewas kepada TERENGGANU FC 1-2 dalam saingan Liga Super Malaysia malam tadi. Biarpun beraksi di laman sendiri dengan kehadiran 6,000 penyokong buat julungkalinya, namun ia tidak mampu untuk menidakkan keupayaan pasukan Terengganu FC yang beraksi agresif dan penuh bersemangat untuk memburu kemenangan.

Foto by @officialterengganufc 

       Kedah Darul Aman terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan sendiri pasukan Terengganu FC, Muhammad Faudzi yang tertampan bola hasil hantaran pasukan lawan yang terus menerjah jaring pasukan Terengganu FC . Namun Terengganu FC tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol penyamaan. Gol penyamaan Terengganu terhasil daripada sepakan penalti yang berjaya disudahkan oleh David Da Silva. Terengganu FC mendapatkan penalti ini selepas pemain Kedah Darul Aman, Arif Farhan tertampan  bola dengan tangan di dalam kotak penalti.


         Bersambung separuh masa kedua, Terengganu FC semakin ghairah mencari gol kemenangan dan hasilnya Terengganu berjaya mendapatkan gol kedua pada minit 59 perlawanan . Gol kedua terhasil daripada hantaran Dechi Marcel di tengah padang terus kepada Faisal Halim dan terus melakukan hantaran pendek kepada Azam Azmi. Satu rembatan padu daripada Azam Azmi berjaya memperdayakan penjaga gol dan terus menerjah jaring Kedah Darul Aman. 


       Perlawanan semakin rancak & agresif pada minit-minit akhir perlawanan sehingga memaksa pengadil mengenakan dua kad merah kepada pemain Kedah. Akhirnya kemenangan 2-1 milik Terengganu FC malam tadi di Stadium Darul Aman.


Ulasan