BERHEMPAS PULAS TEWASKAN UITM DI LAMAN LAWAN


Terengganu bangkit dari ketinggalan untuk mencatat kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan musim ini menentang UiTM FC malam tadi di gelanggang lawan.



Di babak pertama, Terengganu berpeluang untuk berada di hadapan setelah berjaya memperolehi sepakan penalti selepas Faisal Halim dikasari oleh pertahanan lawan. David Da Silva yang mengambil sepakan tersebut gagal menyempurnakannya. Ketika Terengganu leka mengasak satu kesilapan berlaku di barisan pertahanan yang pantas dihukum oleh pemain UiTM, Fauzi Abdul Latiff untuk meletakkan tuan rumah terlebih dahulu di hadapan sehingga tamat babak pertama.


Bersambung di babak kedua, Terengganu meningkatkan tempo serangan mereka dengan memasukkan beberapa pemain baharu dan hasilnya David Da Silva berjaya menebus kekecewaannya gagal dalam sepakan penalti apabila hantaran dari Makan Konate disudahkan dengan satu volley cantik untuk kedua-dua pasukan kembali terikat.


Dalam 10 minit terakhir masa sebenar pemain gantian, Hakimi Abdullah muncul watak pemusnah melalui gol kedua Terengganu hasil satu lorongan baik dari Makan Konate melepasi penjaga gol lawan.

Ulasan