SESI LATIHAN DITANGGUHKAN SEKETIKA

Kesemua 24 pasukan Liga Malaysia diarahkan untuk tidak menjalani latihan pramusim berkuat kuasa hari ini bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar sehingga 26 Januari ini melibatkan dari pasukan Liga Super sehingga Liga M3, Piala Presiden dan Piala Belia.


Menurut presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin "mereka (pasukan) perlu patuh pada arahan kerajaan untuk tidak melakukan latihan di seluruh negara, seperti yang dibenar mengikut SOP (prosedur operasi standard),"


Namun semuanya bergantung kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selain sudah menyediakan beberapa pelan "kecemasan" jika perkara ini berlarutan kerana liga kita akan bermula pada penghujung bulan Februari dan awal bulan Mac, pihak FAM dan MFL perlu bersedia dengan beberapa pilihan kemungkinan akan terjadi macam 2020.''


Sumber gambar : @officialterengganufc

Ulasan