SATU TARUHAN BESAR TFC BUAT CHRIS HERD

Terengganu FC dilihat cukup bergerak pantas dalam menyediakan pasukan mereka menghadapi musim baharu dengan sudah menandatangani 4 pemain import yang satu darinya perpindahan mengejutkan segelintir penyokong bolasepak tempatan apabila membawa masuk bekas pemain Liga Perdana Inggeris iaitu Chris Herd.


Pemain yang mempunyai darah campuran dua kerakyatan Australia serta Scotland ini bermain di posisi tengah yang juga merupakan bekas graduan akademi Aston Villa sebelum diserapkan ke skuad utama pasukan itu. Perlawanan pertama rasmi beliau bersama pasukan utama adalah menentang Manchester United pada 13 November 2010 dan melakukan 42 pernampilan serta mencetak dua gol.

Namun jodoh beliau bersama Aston Villa berakhir pada tahun 2015 dengan berpindah ke kelab Divisyen Ketiga, Chesterfield secara percuma setelah beberapa kali dipinjamkan ke kelab lain antaranya Port Vale, Wycombe Wanderes, Lincoln City, Bolton dan Wigan Athletic. Punca sebenar beliau berpindah dikatakan kerana gagal mendapat tempat sejak Disember 2013 selain mempunyai rekod kecederaan panjang terutama musim 2014/15 beliau tersisih 31 perlawanan akibat kecederaan Media Collateral Ligament (MCL).

Pada tahun 2018, beliau berhijrah ke kelab terkenal di Thailand, Buriram United dari Western Sydney namun apa yang menarik adalah beliau tidak pernah melakukan sebarang penampilan bersama pasukan berkenaan dalam liga tapi sekadar di kejohanan piala sahaja sebelum berhijrah ke Chennaiyin FC pada tahun berikutnya.

Persoalannya adakah kehadiran Chris Herd atas dasar pengalaman beliau dalam persiapan bagi kejohanan Piala Asia atau sekadar marketing untuk pasukan menarik perhatian penaja di luar sana. Apapun ianya satu taruhan besar buat Terengganu FC.

Ulasan