YB HISHAMUDDIN SAH UNDUR DIRI !!

Satu berita mengejutkan buat bolasepak Terengganu apabila Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT), YB Hishamuddin mengumumkan pengunduran diri beliau dari kerusi berkenaan selepas lebih 2 tahun berada di posisi itu. Peletakkan jawatan ini bersama dengan posisi beliau di Terengganu FC Sdn.Bhd sebagai ahli Lembaga Pengarah.


Banyak jasa dan pengorbanan beliau lakukan kepada bolasepak ini antaranya terbaru membawa Terengganu FC ke arah penswastaan pasukan ini hingga tertubuh Terengganu FC Sdn.Bhd dan banyak lagi.

Walaupun ianya sedikit mengejutkan namun segala keputusan dari beliau demi kebaikan bolasepak negeri ini selain memberi laluan kepada orang yang lebih berhak memegang jawatan itu kelak.

Ulasan