TERENGGANU 'SERIUS' HADAPI MUSIM 2021

Tanpa melengahkan masa pasukan Terengganu sudah melengkapkan 25 orang pemain tempatan mereka dengan menandatangani tujuh muka baru yang tiga daripada mereka adalah pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia B23. Selain itu empat pemain terdiri dua penyerang iaitu Engku Shakir (TFC II), Isa Raman (TFC III) serta seorang pertahanan Alif Zakaria (TFC II) dan penjaga gol Syed Nasrulhaq (TFC III) telah dinaikkan pangkat ke skuad senior.


Tujuh muka baharu yang dibawa masuk oleh jurulatih Nafuzi Zain kali ini boleh dikatakan satu percaturan baru apabila berjaya mengikat bintang sensasi Kelantan, Nik Akif Syahiran bersama dua rakannya, Shahrul Nizam dan Hakimi Abdullah. Selain itu juga, Terengganu membawa masuk beberapa pemain yang menonjol musim lepas iaitu Faisal Halim dari Pahang, Ariff Anwar dari UiTM serta Asnan Ahmad dari UKM. Akhir sekali, perpindahan terakhir Azarul Nazarith dari Felda United melengkapkan tujuh muka baru.

Terengganu juga sudah memulakan sesi latihan rasmi mereka semalam bagi persiapan musim hadapan yang dilihat satu cabaran besar buat pasukan pantai timur itu yang bakal beraksi di pentas Piala AFC buat kali kedua selepas kali terakhir pada tahun 2012. Malah mereka juga ingin menjadi pencabar kejuaraan Liga Super 2021 yang belum pernah dimenangi oleh mereka yang tahun lepas menamatkan di kedudukan ketiga dibelakang JDT dan Kedah.


Kredit gambar : @officialterengganufc

Ulasan