Seminit kemudian TFC membalas serangan menerusi sepakan lencong ketua pasukan, Lee Tuck dari luar kotak penalti, namun ditepis keluar Kalamullah Alhafiz Mat Rowi untuk sepakan penjuru.
Akhirnya jaringan yang dinanti akhirnya muncul jua menerusi Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-36 yang menghukum hasil kesilapan Bong Jin untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.
Terengganu FC memiliki beberapa peluang selepas itu melalui gerakan pemain sayap, Faris Ramli dan Dominique Da Sylva, malangnya Kalamullah lebih bijak mengawal pintu golnya daripada terus dibolosi.
Bersambung di babak kedua, tempo permainan sedikit pelahan dengan PJ City FC yang lebih kerap mengatur serangan dengan kemasukan penyerang, Safee Sali namun masih tetap gagal memecahkan kekebalan gawang Terengganu.
Terangganu FC pula hanya berupaya melancarkan serangan balas di penghujung aksi, malangnya dikecewakan ketumpulan jentera serangan dan kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.
Ulasan
Catat Ulasan