Dua gol dari Dominique Da Slyva dan Sanjar Shaakhmedov di babak pertama dan satu gol dari Lee Tuck di babak berikutnya memberikan 3 mata penting buat Terengganu dengan menundukkan tuan rumah, Felda United di Jengka.
Seawal minit ke-5, Terengganu sudah pun berada di hadapan menerusi tandukan penyerang mereka, Dominique Da Slyva hasil dari sepakan percuma Lee Tuck. Terengganu hampir menggandakan jaringan namun dinafikan oleh kecemerlangan penjaga gol lawan, Muhaimin Mohamad yang menepis dua percubaan dari Dominique dan satu percubaan dari Faris Ramli.
Akhirnya pada minit ke-37, Terengganu mengandakan kedudukan menerusi rembatan volley dari luar kotak penalti Sanjar Shaakhmedov terus mengegar jaring gol lawan yang berpunca dari sepakan penjuru Lee Tuck. Felda yang ketinggalan cuba untuk bangkit menerusi percubaan Faiz Mazlan namun ditepis oleh Rahadiazli.
Sanjar Shaakhmedov sekali lagi hampir mencetak namanya buat kali kedua namun percubaannya sekali lagi dinafikan dengan cemerlang oleh penjaga gol lawan.
Lee Tuck akhirnya memusnahkan segala sisa perjuangan tuan rumah apabila memanfaatkan sepakan percuma di hadapan gawang dengan satu tendangan terus ke sudut kiri tanpa mampu dijangkau oleh Muhaimin Mohamad.
Dengan kemenangan ini meletakkan Terengganu mendaki ke tangga ketiga liga buat sementara waktu dengan 16 mata sementara Felda United pula bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran hanya dua mata dipisahkan dengan Sabah.
Sumber gambar : @officialterengganufc
Ulasan
Catat Ulasan