'SEDIA HADAPI JDT'

Pertemuan dua pasukan yang berada di kelompok atas sudah tentu antara yang ditunggu oleh para penyokong kedua-dua pasukan terutama Terengganu yang bermain di halaman sendiri. Walaupun dikejutkan dengan kekalahan keatas Melaka United tempoh hari sekali gus merencatkan peluang mereka untuk merapati jurang yang kini 6 mata tetapi Terengganu sudah pun melupakan episod terbabit dan kini menumpukan sepenuhnya untuk menghadapi pendahulu liga pada Jumaat ini.

JDT yang masih segar akan kemenangan besar keatas Perak dilihat berada dalam momentum terbaik dan merupakan antara pasukan pilihan untuk memenangi liga ini berdasarkan ramai pemain bintang berada dalam skuad mereka.

Meskipun ianya tugas sukar buat Terengganu namun segalanya bukan mustahil untuk mencipta kejutan kepada lawan seperti mana mereka pernah lakukan sebelum ini. Kehadiran pertahanan dari pasukan feeder mereka, Argzim Redzovic selain pertahanan muda mereka iaitu Muhammad yang dalam prestasi terbaik seakan banyak memperbaiki masalah kerapuhan barisan pertahanan mereka sebelum ini yang kerap dibolosi dengan purata jaringan yang banyak. 

Antara yang bakal memperlihatkan pertembungan menarik adalah barisan penyerang apabila berdasarkan jumlah kiraan jaringan dua pasukan ini berada di tangga teratas (JDT 15 gol) dan kedua (Terengganu 14 gol) hanya dipisahkan satu gol dengan Gonzalo Cabrera dan Dominique Da Slyva merupakan penjaring terbanyak buat pasukan memasing. Rekod JDT di gelanggang lawan juga masih kebal tanpa tewas berbanding rekod Terengganu di halaman sendiri yang tumpas sekali kepada Perak pada perlawanan pembukaan liga.

Mampukah Terengganu mencalarkan rekod kemenangan 100% JDT yang tidak tewas setakat 6 perlawanan ini ? Menarik untuk dinantikan pada Jumaat ini yang boleh disaksikan secara percuma di saluran Unifi dalam platform Youtube atau aplikasi Unifi TV.


Sumber Gambar : @malaysianfootballleague

Ulasan