Dua gol dari Lee Tuck dan Faris Ramli bantu Terengganu bangkit menamatkan rentetan 3 kekalahan sebelum ini dengan membenam pasukan tercorot, PDRM di halaman sendiri.
Seawal minit ke-8 Terengganu sudah membuka tirai jaringan menerusi tandukan Faris Ramli hasil dari hantaran Lee Tuck. Kemudian Terengganu berpeluang mengandakan kedudukan setelah dianugerahkan sepakan penalti akibat kekasaran pemain lawan terhadap Faris Ramli.
Lee Tuck yang mengambil sepakan tersebut tenang menyempurnakannya untuk menewaskan Farzly Muhamad di gawang lawan. Terengganu semakin selesa selepas percubaan cantik luar kotak penalti dari Lee Tuck pada masa kecederaan separuh masa pertama terus mengegar gawang tanpa mampu dijangkau oleh penjaga gol lawan.
Terengganu terus menamatkan sisa perjuangan PDRM apabila hantaran Arif Fadzilah pada minit ke-74 terus menemui kepala Faris Ramli untuk gol keempat Terengganu yang kekal hingga tamat perlawanan.
Dengan kemenangan ini Terengganu naik ke tangga keempat seketika dengan 13 mata manakala PDRM terus kekal di tangga tercorot liga.
sumber gambar : @malaysiafootballleague
Ulasan
Catat Ulasan