Dua gol dalam masa minit dua minit dari Dominique Da Slyva buat Kedah berputih mata hadapan penyokong sendiri di Stadium Darul Aman malam tadi.
Pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi tandukan Dominique Da Sylva yang berpunca dari sepakan percuma Lee Tuck yang terlebih dahulu dikuis cantik Faris Ramli. Kedah yang gagal mengawal tempo perlawanan terus diasak oleh Terengganu namun hadir dengan serangan mengejut pada minit ke-13 menerusi rembatan Baddrol Bakhtiar yang ditepis cemerlang oleh Rahadiazli.
Gol penyamaan Kedah akhirnya tiba jua pada minit ke-17 yang dianugerahkan sepakan percuma selepas kekasaran Babacar Diallo keatas Kipre Tchetche di luar kotak penalti. Awalnya sepakan percuma Haidin Azman berjaya ditepis oleh Rahadiazli tapi muntah dihadapan Renan Alves yang tidak mensiakan peluang untuk mengegar jaring.
Tiga minit kemudian barisan pertahanan Terengganu terus dihukum oleh serangan balas pantas Kedah menerusi Kpah Sherman yang melepasi kawalan Babacar Diallo untuk gol kedua Kedah. Kedah yang semakin bernafsu terus mengancam kubu Terengganu kali ini dari rembatan Haidin yang sedikit sasar. Terengganu hampir memperolehi gol penyamaan sebelum tamat babak pertama tapi percubaan Faris Ramli sedikit melepasi palang gol.
Bersambung babak kedua, Terengganu terus dihukum dengan serangan balas pantas Kedah yang diakhiri dengan jaringan Kipre Tchetche pada minit ke-61. Terengganu yang ketinggalan dua gol berjaya merapatkan kedudukan dengan penyerang berbisa mereka, Dominique Da Slyva meledak gol kedua peribadi pada minit ke-64 yang berpunca dari sepakan percuma Lee Tuck.
Ketika perlawanan hampir berbaki 10 minit, Dominique Da Sylva terus menjadi duri dalam daging buat Kedah apabila dalam masa dua minit beliau meledak dua jaringan bermula pada serangan balas pantas untuk memerangkap barisan pertahanan Kedah dan terakhirnya hasil hantaran Sanjar Shaakhmedov memberikan tiga mata penuh buat Terengganu.
Ulasan
Catat Ulasan