PELUANG NAFUZI BALAS DENDAM
Pertembungan Terengganu menentang Perak hari ini bakal menjadi perlawanan pertama buat kedua-dua pasukan bagi musim 2020. Mereka bakal kembali beraksi semula di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin selepas kali terakhir digunakan pada tahun 2016 yang berpihak kepada pelawat.
Beraksi sebagai tuan rumah sudah tentu menjadi tonik tambahan buat pasukan Terengganu FC terutamanya pengendalinya, Nafuzi Zain yang ingin membayar kembali kekalahan tahun lepas di Ipoh. Bagi Perak pula, kemenangan Piala Unity Sheild tempoh hari menentang Kedah sudah tentu menaikkan moral pasukan itu untuk menghadapi Terengganu.
CHANTHA BIN DAN NASIR BASHARUDDIN
Pertembungan dua bekas pemain tengah kedua-dua pasukan yang beraksi di posisi sama iaitu Thierry Chantha Bin dan Nasir Basharuddin yang kini bersama pasukan berbeza bakal menjadi tumpuan siapakah yang paling berkesan untuk membantu barisan pertahanan mematahkan serangan lawan selepas dua pemain itu kurang beraksi musim lepas akibat faktor kecederaan dan taktikal jurulatih.
DA SYLVA vs DE PAULA
Kelibat senjata import terbaru, Dominique Da Sylva dan Guilherme De Paula menjadi taruhan kedua pengendali untuk merobek pasukan lawan. Sejak menyertai Terengganu dari kelab Vietnam, Sai Gon beliau tidak perlu menunggu lama untuk memperlihatkan ketajaman penyudah apabila sudah menunjuk belangnya sepanjang musim pra musim termasuk dua aksi terakhir secara tertutup. Bagi bekas penyerang prolifik Kuala Lumpur ini, nama De Paula sudah tidak asing lagi dalam liga Malaysia ditambah pernah meraih penjaring terbanyak Liga Perdana bagi musim 2017 dengan 27 gol untuk membantu Kuala Lumpur dinaikkan pangkat ke Liga Super tahun seterusnya.
Berdasarkan prestasi pada pra musim sedikit berkelebihan buat Terengganu berbanding Perak yang ingin membuktikan sesuatu di hadapan penyokongnya sendiri namun bola itu bulat segalanya boleh terjadi sepanjang 90 minit. Segalanya bakal terjawab malam ini.

Ulasan
Catat Ulasan