Sudah menjadi kebiasaan bolasepak di seluruh dunia pada awal musim bermula setiap pasukan memperkenalkan jersi terbaru mereka kepada penyokong mereka. Begitu juga buat Terengganu FC yang mencipta kejutan sensasi pada jersi mereka pada musim 2020 ini.
Mereka yang mendapat penajaan selama 2 musim bersama sebuah syarikat tempatan sukan terkenal, AL Ikhsan Sports boleh dikatakan sememangnya antara terbaik apabila mendapat pujian ramai dari seluruh penyokong luar negeri akan corak yang terdapat jersi Terengganu kali ini.
Bahkan booth AL Ikhsan yang menjual jersi berkenaan terus diserbu oleh para penyokong Terengganu selepas perasmian berkenaan yang rata-rata ingin menjadi terawal mendapatkan jersi itu.
Jersi tuan rumah sudah semestinya tradisi hitam putih tak dapat dipisahkan ditambah dengan sentuhan corak batik dalam warna hitam membuatkan ramai orang hilang sabar untuk memilikinya sebagai salah satu jersi yang wajib dibeli.
Antara kelainan yang ditampilkan oleh AL Ikhsan kali ini adalah jersi pelawat berwarna biru bukannya hitam seperti kebiasaannya dipadankan pula gabungan warna kuning keemasan dan merah menjadikan jersi ini mendapat perhatian ramai.
Terakhir jersi alternatif yang berwarna kelabu yang memiliki corak logo pasukan pada badan baju tersebut menjadikan baju ini memiliki nilainya tersendiri.
Dominic bekeng
BalasPadam