PADANG SSMZA SETARAF EROPAH


Bermuda Princess 77 antara jenis rumput yang digunakan di padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Sekali dilihat seakan rumput asli namun ianya adalah rumput hybrid yang digabungkan dengan rumput asli melalui tanaman rumput moden yang digunakan pakai masa kini di negara maju seperti Jepun, Thailand dan banyak lagi.

Jenis rumput ini memang terkenal di negara Amerika Selatan terutama di padang golf kerana kelasakan dan kurang penggunaan air berbanding satu lagi adik beradiknya dari keluarga Bermuda iaitu Tifway 419 Bermuda selain kos penjagaannya yang agak murah.

Namun disebalik kelasakannya ada kelemahan pada rumput ini yang amat sensitif pada kawasan teduh seperti bumbung bagaimana berlaku pada Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menggunakannya dahulu hingga memaksa pengurusan stadium menukar kepada jenis "Cowgrass".

Langkah menanam rumput jenis ini dilihat amat bijak kerana Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak mempunyai bumbung yang membolehkan cahaya matahari terus kepada rumput ini. Namun yang menjadi persoalan sejauh mana rumput ini bertahan dan adakah ianya akan diselenggara dengan baik nanti. 

Kredit gambar : @officalterengganufc

Ulasan