Kepulangan bekas pengurus T-Team ini ke Kuala Terengganu dimana bekas tempat beliau pernah mengilap bakat anak jati Terengganu sehingga menjadi pemain terbaik Malaysia ketika ini, Safawi Rasid berakhir dengan kekecewaan apabila kelab bimbingannya tumpas 2-0 kepada Terengganu FC dalam siri persahabatan antarabangsa.
Di babak pertama, Terengganu dilihat lebih mendominasi perlawanan walaupun tanpa dua tonggak import, Dominique Da Sylva dan Sanjar Shaakhmedov dengan beberapa serangan berbahaya ke arah kubu lawan terutama peluang terbaik mereka pada minit ke 23 melalui Shukur Jusoh namun dihalang oleh ketangkasan Ridho di gawang Madura United hingga kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan sebelum masuk ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, Madura United mempertingkatkan tempo dengan mula mengancam ke kubu Terengganu yang dikawal oleh Ilham Amirullah. Gol yang dicari oleh Terengganu akhirnya tiba jua apabila sepakan percuma dari Azalinullah yang gagal ditepis dengan baik oleh Ridho yang menyaksikan bola itu terus ke dalam gawang sendiri.
Terengganu berpeluang mengandakan gol menerusi Lee Tuck penghujung perlawanan namun rembatannya ditepis oleh Ridho untuk memberikan sepakan penjuru buat Terengganu. Peluang itu tidak disia siakan oleh Terengganu apabila sepakan dari Lee Tuck terus menemui kepala Nasrullah Haniff untuk gol kedua Terengganu.
Ulasan
Catat Ulasan