Bruno Suzuki & Dechi Marcel ditawarkan kontrak baru bersama Terengganu FC II

     
Foto by :  Terengganu FC II

Dua bekas pemain Terengganu FC II  sebelum ini iaitu Bruno Suzuki dan Dechi Marcel diumunkan oleh pihak pengurusan hari ini untuk terus disambung kontrak. Kedua-duanya akan bersama pasukan Terengganu FC II bagi musim Liga Premier 2020.

     Untuk rekod Kedua-duanya pernah bermain bersama pasukan utama iaitu TERENGGANU FC tahun ini. Pengalaman bersama Terengganu FC II memberi peluang buat pemain ini dinaikan ke pasukan utama jika menunjukkan aksi yg menakjubkan atau pemain import utama di Terengganu FC gagal menunjukan kemampuan yg diinginkan oleh pasukan.

      Dechi Marcel yang bermain di posisi tengah bertahan manakala Bruno Suzuki bermain di posisi sayap & penyerang. Diharapkan Kedua-duanya mampu membimbing pemain muda mencipta kejutan untuk saingan Liga Premier 2020 nanti.

#DemiTranung
#WeBleedBlackAndWhite

Ulasan