Gol tunggal dari Diogo Luis Santo pada babak pertama memisahkan kedua-dua pasukan selain keputusan kontroversi oleh pengadil dan pertengkaran mulut di bangku simpanan menghiasi pertemuan diantara Terengganu menentang JDT di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
JDT yang dilihat lebih mendominasi perlawanan sebaik sahaja wisel ditiupkan hanya mampu menemui gol pada minit je-22 selepas Diogo Luis yang menerima hantaran dari Safawi Rashid melepasi kawalan Serhii Andrieiev sebelum melakukan rembatan kencang terus menerjah gawang Terengganu.
Terengganu yang tenggelam terus tercari-cari rentak dengan usaha memecahkan kubu lawan namun beberapa keputusan meragukan dari pengadil, Wan Mohamad Tarmizi banyak merencatkan tempo perlawanan. Selain beberapa kekasaran lawan terhadap pemain Terengganu di dalam kotak penalti bagaikan tidak dihiraukan oleh pengadil.
JDT hampir menggandakan jaringan namun dua kali percubaan dari Safawi Rashid sempat dikeluarkan oleh Nasrullah Haniff di hadapan gawang serta terkena tiang sisi tatkala Wan Azraie sudah keluar jauh dari gawang.

Ulasan
Catat Ulasan