Mencari gol awal serta menghalang lawan menjaringkan gol menjadi misi penting pasukan Terengganu FC di gelanggang sendiri malam ini sebelum bertandang ke Larkin minggu hadapan. Berhadapan pasukan berstatus bintang, JDT bukan tugas mudah namun Terengganu pernah membuktikan mereka mampu lakukannya musim lepas apabila menyingkirkan pasukan itu di Separuh Akhir pada kejohanan sama.
Kepanasan perlawanan ini juga bakal bertambah apabila pertembungan dua seteru dari segi penjaring terbanyak kedua-dua pasukan iaitu Kipre Tchetche (
Terengganu FC ) dengan
6 gol serta Diogo Luis (
JDT )
dengan
5 gol begitu juga dua playmaker iaitu Lee Tuck (
Terengganu FC ) yang telah menghasilkan
5 bantuan gol dan Leandro Velaquez (
JDT ) dengan
4 bantuan gol.
 |
Kipre vs Diogo
|
 |
Lee Tuck vs Leandro |
Mampukah Terengganu mengulangi sejarah 2018 ? atau JDT buat kejutan di Kuala Terengganu ? Menarik untuk saksikan pada malam ini. Perlawanan ini juga bakal dibawa secara langsung oleh RTM di saluran TV1.
Ulasan
Catat Ulasan