TCHETCHE “AKHIRI” 5 TAHUN DI DARUL AMAN

Dua gol dari ayam tambatan Terengganu, Kipre Tchetche di babak kedua mencipta kemenangan sensasi keatas Juara Piala FA, Kedah sekaligus menamatkan rentetan pertemuan tanpa kemenangan Terengganu di Stadium Darul Aman dimana kali terakhir Terengganu menang adalah pada bulan Ogos 2014.
              Foto by Razzi Harun 



Meskipun Terengganu dipaksa bermain 10 pemain selepas penjaga gol mereka, Ilham Amirullah dibuang padang pada penghujung babak pertama akibat mengasari Farhan Roslan.

Dengan kekurangan seorang pemain sedikit tidak menganggu permainan mereka sebaliknya mencipta jaringan pendahuluan pada minit ke-66 menerusi Kipre Tchetche yang menanduk masuk sepakan percuma Lee Tuck.

Kedah cuba bangkit dengan mengatur serangan ke arah kubu Terengganu namun Kipre Tchetche sekali lagi hadir membunuh segala sisa perjuangan Kedah dengan gol kedua pada minit ke-86 yang menghukum kesilapan pertahanan Kedah seterusnya mudah meletakkan bola di dalam gawang lawan dengan tendangan “chip” bersahaja.

Ulasan