Dua gol dari Sanjar Shaakhmedov dari setiap babak dan satu
gol dari Nasrullah Haniff membantu Terengganu meraih kemenangan pertama dalam
saingan Piala Malaysia dengan menundukkan PKNS 3-1 di hadapan ribuan penyokong
sendiri.
Terengganu yang menguasai perlawanan sebaik sahaja wisel
ditiupkan oleh Fairuzi Mat Desa terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada
minit ke-6 hasil dari gerakan Kipre Tchetche kepada Syamim Yahya yang bijak
mencari Sanjar Shaakhmedov dalam kotak penalti yang melepaskan satu rembatan
kencang menewaskan Tauffiq Ar Rashid.
PKNS yang tersentak dengan jaringan tersebut cuba bangkit
dan berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-30 menerusi Jafri Firdaus Chew
yang memanfaatkan kesilapan barisan pertahanan Terengganu sebelum merembat ke
penjuru kanan tanpa dijangkau oleh Ilham Amirullah.
Namun gol tersebut hanya bertahan 8 minit kemudian selepas
Nasrullah Haniff kembali menceriakan penyokong tuan rumah dengan melakukan satu
tandukan menarik hasil dari hantaran lintang Syamim Yahya seterusnya mengegar jaring
lawan. Kedudukan 2-1 itu terus kekal dengan Terengganu sedikit
selesa menuju ke bilik persalinan.
selesa menuju ke bilik persalinan.
Sebaik babak kedua bermula, Terengganu sedikit
memperlahankan rentak permainan dengan PKNS lebih banyak melakukan serangan
berbahaya ke kubu Terengganu hingga memaksa barisan pertahanan Terengganu dipaksa
berkerja keras untuk menakis serangan tersebut. Peluang terbaik PKNS hadir
menerusi hantaran lintang Romel Oswaldo namun tandukan Kpah Sherman sedikit
tersasar.
Ketika PKNS leka mengasak memburu gol penyamaan, Terengganu
sekali lagi membunuh semangat mereka dengan gol ketiga dari Sanjar Shaakhmedov
pada penghujung masa kecederaan sekali gus memastikan kemenangan mutlak buat
Terengganu.
Ulasan
Catat Ulasan