Gol penghujung perlawanan oleh Kipre Tchetche membantu Terengganu FC mengikat Kedah yang beraksi 10 pemain dengan jaringan 2-2 dalam pertembungan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Kedah terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal minit ke-3 menerusi tandukan Shakir Hamzah yang memanfaatkan sepakan sudut dari Edgar Bernhardt. Terengganu berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi Tchetche namun sentuhan terakhir beliau ketika satu sama satu dinafikan oleh Abdul Hadi selain percubaan Rahmat Makasuf 4 minit kemudian ditepis keluar.
Setelah beberapa kali mencuba akhirnya gawang Kedah bolos jua setelah rembatan kencang Sanjar Shaakhmedov dari luar kotak penalti pada minit ke-32 terus mengegar jaring tanpa mampu diselamatkan oleh penjaga gol Kedah.
Ketika perlawanan menghampiri penghujung separuh masa pertama, Kedah sekali lagi berada di hadapan apabila Baddrol Bakhtiar menghukum kelemahan perebutan bola di udara barisan pertahanan Terengganu untuk menanduk masuk dari sepakan percuma menewaskan Ilham Amirullah.
Terengganu yang ketinggalan terus menggandakan asakan mereka dengan membawa masuk Abdul Malik dan Khairu Azrin. Dengan kemasukan Malik jelas membawa masalah buat barisan pertahanan Kedah hingga memaksa mereka beraksi dengan 10 orang pemain setelah Azmeer Yusof dilayankan kad kuning kedua akibat mengasari Malik.
Kekurangan seorang pemain menyaksikan Kedah terus berkampung di kubu sendiri menangani serangan berterusan oleh Terengganu yang sedang ghairah memburu gol penyamaan. Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Tchetche muncul pemusnah harapan 3 mata pelawat setelah menanduk masuk hantaran lintang Abdul Malik untuk menceriakan hampir 3 ribu lebih penyokong di stadium.

Ulasan
Catat Ulasan