Pentas Piala Malaysia menjadi medan terbaik buat pengendali
sementara, Nafuzi Zain membuktikan sesuatu setelah perjalanan Terengganu FC sedikit
tidak memuaskan pada saingan Piala FA dan Liga setelah hanya di peringkat Suku
Akhir Piala FA dan menduduki di tangga ke-7 Liga Super. Biarpun misi ini nampak
sedikit sukar namun Terengganu tetap bertekad untuk mengulangi kejayaan tahun
lepas mara ke final selain menembus kekecewaan membawa pulang Piala Malaysia
setelah ditundukkan oleh Perak dengan penentuan penalti.
Pada edisi 2019 ini, Terengganu diundi dalam kumpulan A
bersama juara Piala FA iaitu Kedah, PKNS dan Negeri Sembilan. Biarpun dianggap
antara pasukan pilihan bersama Kedah untuk lolos ke peringkat seterusnya namun
Terengganu tidak memandang mudah cabaran PKNS dan Negeri Sembilan.
Nama Kpah Sherman serta Igor Luiz antara yang perlu diberi
perhatian dengan gelaran penjaring terbanyak Liga Super buat Kpah Sherman dengan
14 gol menjadi senjata ampuh buat PKNS serta naluri pemusnah Igor Luiz yang
dibawa pada pintu perpindahan kedua oleh Negeri Sembilan yang sudah
menjaringkan 7 gol meletakkan dirinya sebagai penjaring kedua terbanyak buat
skuad "Jang".
Pesaing paling kuat dalam kumpulan A, Kedah yang baru menjulang
Piala FA antara pasukan yang dilihat bakal memberi cabaran sukar buat
Terengganu terutama rekod di gelanggang mereka, Stadium Darul Aman tidak
memihak Terengganu dengan pertemuan terakhir di sana Terengganu tumpas 3-0.
Buat Terengganu sudah pasti mengharapkan kepada ketua
pasukan mereka, Lee Tuck untuk mengemudi bahagian tengah mereka selain
penjaring terbanyak mereka, Sanjar Shaakhmedov bersama penyerang sensasi, Kipre
Tchetche mengetuai bahagian serangan merombek gawang lawan. Ketangkasan Ilham
Amirullah juga menjadi taruhan buat Nafuzi bagi mengawal pintu gol Terengganu
dari dibolosi. Ditambah kehadiran Serhii Andrieiev yang dinaikkan pangkat dari
Terengganu FC II sedikit menghilangkan kerungsingan kepada barisan pertahanan
setelah kehilangan Wan Amirzafran akibat kecederaan panjang.
Ulasan
Catat Ulasan