TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK LANGKAH TANPA GUSTAVO

Luis Gustavo Camilo

Itulah yang berlaku kepada kem pasukan Terengganu FC ketika ini apabila mereka bakal mengharungi saki baki perlawanan Liga Super dan berkemungkinan besar saingan Piala Malaysia tanpa import yang pernah digembar gemburkan, Luis Gustavo Francisco Camilo sebagai pengganti import sebelum ini, Igor Zonjic yang digugurkan pada jendela perpindahan kedua.

Igor Zonjic

Kegagalan mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) menjadi punca utama kenapa Luis Gustavo tak dapat digunakan oleh Terengganu FC ditambah pula permohonan dihantar kepada FIFA ketika jendela perpindahan sudah pun ditutup. Kini peluang hanya bergantung kepada badan induk bolasepak negara, FAM untuk memberi jawapan rayuan kedua pihak PBSNT meskipun dilihat semakin tipis kerana peluang pertama sudah pun ditolak.

Antara pemain tempatan di barisan pertahanan Terengganu

Dengan ketiadaan pemain import kini Terengganu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kudrat pemain tempatan di barisan pertahanan seperti mana pasukan Pahang pada tahun 2018. Namun Terengganu yang dilihat bergelut untuk menyelesaikan masalah barisan pertahanan mereka apabila dua perlawanan terakhir mereka sudah dibolosi 6 gol oleh lawan. 

Masalah gagal bersaing fizikal import, ketinggian serta komunikasi dan bola tinggi terus menghantui dengan perangkap offside tidak menjadi ketika bertemu Melaka United dan gagal dalam perebutan bola atas terutama set piece ketika bertemu Perak menyaksikan gawang mereka terus dibolosi.

Nafuzi Zain

Mampukah pengendali sementara Terengganu FC, Nafuzi Zain mencari masalah penyelesaian pada barisan pertahanan mereka atau mereka terus dihantui dengan dibolosi dalam pertemuan menentang Kuala Lumpur esok di gelanggang sendiri.



Sumber : @bhonline, @nstp, @terengganufc

Ulasan