Dua jaringan di babak kedua oleh Muhammad dan Abdul Malik memastikan Terengganu FC bangkit untuk memungut tiga mata penuh di gelanggang sendiri pada pertemuan saingan Liga Super menentang pasukan bawahan, Kuala Lumpur.
Di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan bermula sedikit perlahan dengan corak berhati-hati yang ditampilkan. Tuan rumah, Terengganu berjaya memperolehi dua peluang terbaik dari Syamim Yahya dan Nabil Latpi namun dikecewakan dengan ketumpulan penyudah.
Setelah mencuba beberapa kali akhirnya Terengganu berjaya jua memecah kebuntuan selepas dianugerahkan sepakan penalti akibat kekasaran Sharbinee ke atas Nabil Latpi. Lee Tuck yang mengambil sepakan tersebut dengan tenang menyempurnakan bagi meletakkan Terengganu di hadapan pada minit ke-36.
Kuala Lumpur yang dalam misi mengelakkan terjerumus dari zon penyingkiran terus bangkit dengan gerakan satu dua antara Darko Markovic bersama Paulo Josue melepasi barisan pertahanan lawan namun rembatan terakhir Paulo ditepis cemerlang oleh Ilham Amirullah. Pada minit ke-41, Kuala Lumpur berjaya jua menyamakan kedudukan setelah Darko Markovic memanfaatkan bola muntah dari Ilham yang gagal menampan kemas rembatan volley Paulo Josue dari luar kotak penalti.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan terus mengasak ke arah kubu lawan dengan Terengganu nyata lebih berjaya memanfaatkan peluang apabila sepakan penjuru Lee Tuck pada minit ke-71 menemui Muhammad yang melakukan satu rembatan terus menewaskan Sharbinee untuk memberi kelebihan buat Terengganu.
Minit ke-80, Terengganu sekali lagi hampir memperolehi jaringan namun sepakan percuma Kipre Tchetche dinafikan cemerlang oleh Sharbinee. Kuala Lumpur yang kerap melakukan serangan balas sesekali menguji menerusi beberapa percubaan terutama dari Paulo Josue yang mudah ditepis oleh Ilham.
Terengganu terus membunuh semangat melawan Kuala Lumpur apabila Abdul Malik menjaringkan gol ketiga pada minit ke-82 yang menerima hantaran dari Sanjar Shaakhmedov tanpa mampu dijangkau oleh Sharbinee. Di masa tambahan, Sanjar sekali lagi hampir memperolehi gol keempat
buat Terengganu namun sekali lagi Sharbinee bertindak cemerlang menepis tandukan itu.

Ulasan
Catat Ulasan