Meskipun Terengganu berkelebihan satu gol ke Kuantan bagi saingan timbal balik Suku Akhir Piala FA namun itu bukan jaminan untuk Terengganu berasa selesa kerana Pahang yang memiliki satu jaringan di tempat pelawat sudah pasti ingin melakukan kebangkitan di hadapan penyokong sendiri.
Drama "comeback" yang kini mencetus fenomena di Liga Juara Eropah sekarang menceritakan dalam bolasepak segalanya boleh terjadi dalam masa 90 minit. Begitu juga buat Terengganu yang ingin mengelakkan perkara itu terjadi disamping rekod tidak menarik apabila tumpas 3-0 di stadium itu pada awal musim bagi saingan liga.
Kemungkinan kehadiran semula Safuwan Baharuddin ke dalam kem Pahang sudah pasti menambah kekuatan mengemudi di bahagian tengah yang bakal bergandingan bersama Azam Aziz tatkala status orang besi mereka, Dickson Nwakaeme masih lagi 50-50 untuk diturunkan.
Bagi di kem Terengganu, Irfan Bakti bakal menurunkan barisan terkuat mereka dengan penyerang yang semakin menemui sentuhan berbisa, Kipre Tchetche bertekad mahu meledak jaringan selain membantu Terengganu mara ke peringkat seterusnya.

Sumber : @pahangfa, @aidirphotography
Ulasan
Catat Ulasan