Nama Nabil Ahmad Latpi satu nama yang langsung tidak pernah didengari oleh penyokong Terengganu bahkan siapakah dia langsung tidak diketahui. Tapi bagi peminat Liga M3, individu ini antara nama digeruni bagi mana-mana pertahanan lawan bila bertemu kerana beliau telah mencatat 7 gol bagi musim ini satu gol ketinggalan di belakang penjaring terbanyak Liga M3, Fakhrul Zaman.
Aksi anak kelahiran Pendang, Kedah ini sejak mula diperhati oleh ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti ketika pasukannya bertemu dalam saingan pusingan ketiga Piala FA. Beliau yang memiliki kelajuan dan kawalan bola yang bagus mula menambat hati Irfan untuk mendaftarkannya sebagai pemain baharu dalam perpindahan kedua.
Dengan kemasukannya ianya memberi Irfan banyak pilihan di posisi sayap kiri antaranya Khairu Izuan (Iwere) dan Khairul Anuar (Bentong) termasuk kemungkinan Bentong ditolak ke bahagian pertahanan bagi memberi saingan buat Adib Aizuddin di posisi bek kiri. Meskipun beliau datang dari Liga M3 terus diangkat ke kancah Liga Super dilihat seperti mengejutkan tapi pengalamannya pernah beraksi di PDRM FA sedikit sebanyak mampu dapat membantunya nanti.
Mampukah beliau mencipta impak buat Terengganu FC amat menarik untuk diperhatikan dengan pengalaman Irfan Bakti mengilap bakat tidak mampu dipertikaikan seperti mana munculnya nama Faiz Nasir dari divisyen yang sama kini menjadi nama sebutan orang ramai hingga mampu menyarung jersi kebangsaan.

Ulasan
Catat Ulasan