Masalah barisan pertahanan terus menghantui Terengganu apabila mereka terpaksa menelan kepahitan disingkirkan oleh Pahang dengan argegat 5-2 setelah tumpas 4-0 dalam aksi kedua Suku Akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur.
Di babak pertama, Pahang melakukan serangan bertubi-tubi ke arah gol lawan untuk memburu gol sulung. Usaha itu nyata membuah hasil apabila Faisal Abu Halim tenang melakukan penyudah susulan minit ke-6 setelah bola muntah rembatan Sumareh tepat jatuh dihadapannya.
Gol itu seakan memberi tonik semangat kepada tuan rumah apabila terus mengasak dengan Faisal Abu Halim sekali lagi hampir mencatat nama sebagai penjaring namun rembatannya diselamatkan Suffian Abd Rahman. Terengganu yang seperti hilang penguasaan tengah terpaksa melakukan rombakan awal apabila mengeluarkan Khairu Azrin dan membawa masuk Thierry Chantha Bin.
Penjaga gol Terengganu, Suffian Abd Rahman bertindak cemerlang sepanjang separuh masa pertama dengan beberapa aksi menarik menyelamatkan percubaan lawan terutama percubaan Sumareh yang hampir mengegar jaring namun kaki beliau menafikan hasrat tuan rumah.
Bersambung babak kedua, Pahang tidak menunggu lama untuk menambah gol kedua apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-47 setelah Dickson Nwakaeme dikasari oleh Suffian dalam kotak penalti. Dickson sendiri yang mengambil sepakan tersebut tenang menyempurnakannya.
Tatkala Terengganu leka mengasak Pahang sekali lagi menghukum lawan menerusi serangan balas pantas sebelum disudahkan dengan rembatan menarik dari luar kotak tanpa mampu dijangkau oleh Suffian Abd Rahman pada minit ke-63. Terengganu semakin hilang punca apabila Dickson sekali lagi hampir mencetak hatrik namun sempat dipotong oleh Igor.
Sumareh mengakhiri pejuangan Terengganu dengan gol keempat pada minit ke-74 setelah memanfaatkan kesilapan kawalan Nasrullah untuk melepasi sebelum merembat kencang menewaskan Suffian Abd Rahman. Meskipun mendahului Pahang tetap dengan momentum menyerang terutama dua percubaan terakhir sekadar singgah di tiang.
Di babak pertama, Pahang melakukan serangan bertubi-tubi ke arah gol lawan untuk memburu gol sulung. Usaha itu nyata membuah hasil apabila Faisal Abu Halim tenang melakukan penyudah susulan minit ke-6 setelah bola muntah rembatan Sumareh tepat jatuh dihadapannya.
Gol itu seakan memberi tonik semangat kepada tuan rumah apabila terus mengasak dengan Faisal Abu Halim sekali lagi hampir mencatat nama sebagai penjaring namun rembatannya diselamatkan Suffian Abd Rahman. Terengganu yang seperti hilang penguasaan tengah terpaksa melakukan rombakan awal apabila mengeluarkan Khairu Azrin dan membawa masuk Thierry Chantha Bin.
Penjaga gol Terengganu, Suffian Abd Rahman bertindak cemerlang sepanjang separuh masa pertama dengan beberapa aksi menarik menyelamatkan percubaan lawan terutama percubaan Sumareh yang hampir mengegar jaring namun kaki beliau menafikan hasrat tuan rumah.
Bersambung babak kedua, Pahang tidak menunggu lama untuk menambah gol kedua apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-47 setelah Dickson Nwakaeme dikasari oleh Suffian dalam kotak penalti. Dickson sendiri yang mengambil sepakan tersebut tenang menyempurnakannya.
Sumareh mengakhiri pejuangan Terengganu dengan gol keempat pada minit ke-74 setelah memanfaatkan kesilapan kawalan Nasrullah untuk melepasi sebelum merembat kencang menewaskan Suffian Abd Rahman. Meskipun mendahului Pahang tetap dengan momentum menyerang terutama dua percubaan terakhir sekadar singgah di tiang.
Ulasan
Catat Ulasan