Apa sudah jadi dengan Terengganu setelah diaibkan dengan pasukan kedua tercorot liga, PJ City dengan jaringan 5-3 meskipun mendahului selesa tiga gol pada satu ketika dalam pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi.
Terengganu bermula garang apabila gerakan dimulakan dari Ashari Samsudin mencari Sanjar sebelum Sanjar melakukan back-pass untuk Tchetche merembat kencang menewaskan Muhaimin pada minit ke-11. Belum sempat PJ City mengatur kembali rentak sekali lagi Terengganu berada di depan pada minit ke-17 setelah hantaran lintang Lee Tuck terus kepada Nabil Latpi yang disudahkan satu rembatan cantik mengegar gawang lawan.
PJ City semakin ketinggalan apabila gawang mereka terus dibocori selang seminit kemudian oleh Ashari Samsudin yang memanfaatkan hantaran lintang Tchetche. Namun pemain baharu mereka, Nabil Latpi hanya mampu beraksi selama 37 minit sebelum digantikan oleh Shahrul Aizad kerana kecederaan. PJ City yang sesekali datang melakukan serangan terus hampa apabila gagal menembusi barisan back four Terengganu yang diketuai Igor Zonjic dan Amirzafran.
Di separuh masa kedua bermula drama hitam buat Terengganu apabila lawan hanya memulakan 4 minit untuk memperoleh gol pertama hasil dari sepakan percuma Bae Beomgun menjumpai Elizue Araujo yang tidak terkawal mudah menolak masuk. Selang tujuh minit kemudian berpunca dari hantaran lintang Pedro Henrique dengan tenang melakukan satu tapping menarik mengelirukan Suffian Rahman.
Seminit kemudian, PJ City berjaya memperolehi gol penyamaan dengan gerakan menarik dari sebelah kiri Washinton Brandao melepasi kawalan Igor Zonjic sebelum melepaskan rembatan leret. Terengganu bagaikan terus ditenggelamkan oleh PJ City apabila lawan terus memperolehi gol keempat dari rembatan Zamri Pin Ramli setelah kegagalan Hasnizaidi mengeluarkan bola hantaran lintang.
Episod sejarah hitam Terengganu diakhiri dengan gol kelima lawan dari tandukan Pedro Henrique tanpa mampu diselamatkan oleh Suffian Rahman.

Ulasan
Catat Ulasan