Gol bunuh diri pada masa tambahan oleh ketua pasukan sendiri menyaksikan Selangor terpaksa mengigit jari tumpas 1-0 dalam pertemuan Liga Super menentang Terengganu di Kuala Terengganu.
Di babak pertama, Terengganu lebih menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan ke arah gawang namun masih buntu menemui gol yang dicari. Selangor yang bergelut mencari rentak sesekali hadir dengan gerakan untuk menembusi barisan pertahanan Terengganu dan hampir mencemaskan gawang Terengganu pada minit ke-36 tapi rembatan awang import terbaharu mereka, Ifedayo Olusegun sekadar lemah mudah ditangkap oleh Ilham Amirullah.
Bersambung babak kedua, Terengganu lebih dahulu hampir berada di hadapan apabila percubaan Tchetche pada minit ke-46 hanya singgah di palang. Selang 5 minit kemudian, giliran Selangor pula memperolehi peluang emas apabila percubaan dari Syazwan Zainon pula mengegar palang. Selepas itu, perlawanan dikuasai oleh Terengganu dengan serangan bertali arus namun ketumpulan penyudah mengecewakan Terengganu.
Peluang terbaik Terengganu hadir pada minit ke-74 apabila lorongan Tchetche mencari Nabil namun penyudah terakhir Nabil sekadar lemah. Selang minit kemudian, Selangor memperolehi sepakan percuma setelah Ifedayo dikasari oleh Hanif. Sandro yang mengambil sepakan tersebut dikecewakan oleh kecemerlangan Ilham.
Tchetche hampir mencatat nama sebagai penjaring namun palang sekali lagi menjadi penghalang. Ketika perlawanan seakan akan terikat tanpa jaringan namun Terengganu hadir dengan hantaran lintang dari Adib Aizuddin yang mengelirukan hingga ketua pasukan mereka, Sarkunan Krishnansamy tertampan ke gawang sendiri dalam masa tambahan. Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama buat pengendali sementara Terengganu , Nafuzi Zain.
Di babak pertama, Terengganu lebih menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan ke arah gawang namun masih buntu menemui gol yang dicari. Selangor yang bergelut mencari rentak sesekali hadir dengan gerakan untuk menembusi barisan pertahanan Terengganu dan hampir mencemaskan gawang Terengganu pada minit ke-36 tapi rembatan awang import terbaharu mereka, Ifedayo Olusegun sekadar lemah mudah ditangkap oleh Ilham Amirullah.
Bersambung babak kedua, Terengganu lebih dahulu hampir berada di hadapan apabila percubaan Tchetche pada minit ke-46 hanya singgah di palang. Selang 5 minit kemudian, giliran Selangor pula memperolehi peluang emas apabila percubaan dari Syazwan Zainon pula mengegar palang. Selepas itu, perlawanan dikuasai oleh Terengganu dengan serangan bertali arus namun ketumpulan penyudah mengecewakan Terengganu.
Peluang terbaik Terengganu hadir pada minit ke-74 apabila lorongan Tchetche mencari Nabil namun penyudah terakhir Nabil sekadar lemah. Selang minit kemudian, Selangor memperolehi sepakan percuma setelah Ifedayo dikasari oleh Hanif. Sandro yang mengambil sepakan tersebut dikecewakan oleh kecemerlangan Ilham.
Ulasan
Catat Ulasan