Jaringan cantik dari tengah padang oleh pemain import kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov menyelamatkan maruah Terengganu FC dari diaibkan dalam pertemuan Liga Super menentang PKNP FC di Stadium Manjung.
PKNP terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Amani Aguinaldo yang memanfaatkan sepakan percuma dari Hafiz Ramdan pada minit ke-22. Tersentak dengan jaringan tersebut Terengganu cuba bangkit memburu gol penyamaan dan hasilnya mereka berjaya jua setelah dianugerahkan sepakan percuma.
Kipre Tchetche yang mengambil sepakan tersebut tidak mensia-siakan peluang dengan satu rembatan cantik ke sebelah kiri menewaskan Ahmad Asyraf pada minit ke-30. Namun jaringan tersebut tidak kekal lama apabila selang 4 minit kemudian PKNP sekali lagi berada dihadapan setelah Thomas Abbey berjaya melakukan satu taping mudah ke gawang Terengganu dari susulan hantaran Yashir Islame.
Di babak kedua, Terengganu mengandakan asakan mencari gol penyamaan terutama dua percubaan dari luar kotak namun tidak menepati sasaran. Akhirnya gol yang dicari muncul juga hasil dari kesilapan Faizzzwan mengeluarkan bola seterusnya tepat ke kaki Sanjar sebelum pemain tersebut melepaskan satu rembatan kencang terus menerjah ke gawang lawan tanpa mampu dijangkau oleh Ahmad Asyraf pada minit ke-67.
Sumber ihsan : @pknpfc

Ulasan
Catat Ulasan