Dua gol dari Abdul Malik Ariff dan Tchetche Kipre di babak pertama membantu Terengganu membenam jiran sebelah, Pahang dengan jaringan 2-1 dalam pertemuan pertama Suku Akhir Pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Di babak pertama, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan memburu gol awal. Ternyata tuah lebih memihak buat tuan rumah apabila Malik Arif berjaya memanfaatkan lorongan Lee Tuck melepasi barisan pertahanan lawan sebelum melepaskan satu rembatan kencang tak terdaya diselamatkan oleh Helmi Heliza.
Tersentak dengan jaringan awal Terengganu, Pahang cuba bangkit dan hampir memperolehi gol penyamaan setelah sepakan percuma Saddil Ramdani pada minit ke-17 mengelirukan Suffian Rahman seterusnya berlaku kekalutan di hadapan gawang sebelum Suffian kembali menembus kesilapannya dengan aksi menarik menyelamatkan rembatan lawan.
Ketika Pahang leka mengasak, Terengganu semakin selesa di hadapan pada minit ke-26 selepas Tchetche Kipre menghukum kesilapan hantaran ke belakang Herold Goulon yang tidak sampai ke penjaga gol sendiri yang berjaya dipotong oleh Tchetche sebelum penyerang Terengganu itu melepasi Helmi Eliza seterusnya tenang meletak bola tersebut ke dalam gawang.
Bersambung babak kedua, Pahang nyata menukar tempo permainan mereka kepada lebih agresif dengan mereka lebih menguasai penguasaan bola di bahagian midfield. Terengganu yang tenggelam berbanding separuh masa pertama terus diasak bertubi-tubi.
Setelah mencuba beberapa kali akhirnya Pahang berjaya jua memperolehi gol pertama mereka apabila Jose Eduardo yang tidak dikawal memanfaatkan hantaran lintang Matthew Davies dengan tandukan menarik untuk menewaskan Suffian Rahman pada minit ke-57.
Ketika dalam masa tambahan, Tchetche hampir menambah gol kedua peribadi namun rembatannya berjaya ditepis oleh Helmi Heliza setelah menerima lorongan pendek dari Sanjar dengan menyaksikan Terengganu berjaya membawa bekalan satu gol ke Kuantan bagi aksi timbal balik nanti.

Ulasan
Catat Ulasan