Ternyata Ultimate bukan lawan sebenar buat Terengganu apabila kelab yang beraksi di Liga M3 dibelasah tanpa belas kasihan oleh Terengganu lima gol tanpa balas dalam pertemuan pusingan kedua Piala FA di Kuala Terengganu.
Seawal minit pertama Terengganu sudah mendahului lawan apabila hantaran dari tengah Sanjar Shaakhmedov terus mencari Khairul Izuan yang meluru masuk sebelum melakukan hantaran pendek ke dalam kotak penalti yang disudahkan dengan satu tapping mudah oleh Ashari Samsudin.
Ultimate yang sesekali datang dengan serangan balas pantas namun belum cukup untuk mengugat pintu gol Terengganu apabila mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan yang diketuai oleh Nasrullah Hanif.
Walaupun mendahului Terengganu terus mengasak ke arah gawang Ultimate dan hampir menggandakan jaringan terutama dua peluang terbaik namun penyudah terakhir dari Ashari dan Sanjar mengecewakan.
Terengganu semakin selesa dihadapan menerusi tandukan Igor Zonjic yang menerima hantaran dari Sanjar Shaakhmedov pada minit ke 72. Belum sempat Ultimate mengatur semula rentak Sanjar Shaakhmedov kembali menjadi pembunuh semangat mereka apabila menjaringkan gol ketiga buat Terengganu yang memanfaatkan bola muntah Afif Aizad.
Ultimate semakin derita apabila Terengganu terus menghukum mereka dengan gol keempat selepas dianugerahkan sepakan penalti setelah Khairul Anwar dijatuhkan dalam kotak penalti. Nasrullah Hanif yang mengambil sepakan tersebut tenang menyempurnakannya.
Sisa perjuangan Ultimate akhirnya ditamatkan dengan gol kelima dari Khairul Izuan Rosli pada penghujung perlawanan yang berlari masuk melepasi barisan pertahanan sebelum melepaskan rembatan kencang terus menewaskan Afif Aizad di gawang Ultimate.

Ulasan
Catat Ulasan