TCHETCHE "BAGAIKAN HERO SUDAH KEMBALI"

Dua jaringan dari penyerang import, Kipre Tchetche membantu Terengganu FC menundukkan Felda United 2-1 di halaman sendiri yang dilihat seperti sudah mula menemui rentak sebenar beliau setelah mula menamatkan kemaraunya di Kota Baru tempoh hari.


Di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Peluang terbaik Terengganu hadir pada minit ke-30 menerusi rembatan kencang Lee Tuck namun ditepis cemerlang oleh Norazlan.

Felda yang sesekali datang menerusi serangan balas hampir mengejutkan tuan rumah setelah Chanturu yang melepasi pertahanan melepaskan satu rembatan tapi dinafikan oleh Sufian dan susulan dari Ikeda dihalang oleh Chanthabin. Tiga minit kemudian, Felda sekali lagi berpeluang mendahului namun kecemerlangan Sufian menyelamatkan tandukan Chanturu membantutkan usaha mereka.



Di babak kedua,  Terengganu tidak menunggu lama untuk mendahului pada minit ke-49 apabila gerakan Tchetche yang menyelinap masuk melepasi tiga pemain sebelum melepaskan satu rembatan melepasi jangkauan Norazlan. Dua minit kemudian Terengganu sekali lagi hampir menggandakan jaringan namun hantaran terakhir Sanjar gagal disentuh oleh Tchetche yang berpunca dari sepakan percuma.



Ketika perlawanan menghampiri penghujung, Tchetche sekali lagi menjadi pemusnah buat Felda apabila menghukum kesilapan hantaran ke belakang Jasazrin sebelum mengelecek tenang Norazlan untuk gol kedua Terengganu. Felda yang mengasak memburu gol akhirnya berjaya jua merapatkan kedudukan menerusi volley kencang Masaki Watanabe namun ianya sudah terlambat buat Felda.




Ulasan