Jaringan penyerang import, Kipre Tchetche pada minit ke 78 membantu kebangkitan Terengganu untuk meraih kemenangan keempat dalam pertemuan menentang PJ City di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.
PJ City terlebih dahulu mengejutkan Terengganu menerusi jaringan P. Rajes pada minit ke 36 yang melepasi barisan pertahanan Terengganu sebelum melepaskan satu rembatan cantik dalam kotak penalti.
Bersambung babak kedua, Terengganu bagaikan mendapat suntikan semangat di bilik persalinan apabila terus mengasak memburu gol penyamaan dan hasilnya Terengganu berjaya memperolehinya setelah hantaran lintang Lee Tuck tertampan ketua pasukan lawan, Tinagaran terus bergolek ke gol sendiri.
Selang 11 minit kemudian, Terengganu berjaya jua mendahului perlawanan menerusi tandukan Kipre Tchetche yang memanfaatkan hantaran jauh Khairul Anwar untuk menewaskan Muhaimin di gawang lawan.

Ulasan
Catat Ulasan