BANGKIT atau BALIK AWAL

Kehilangan rentak dan kemerosotan prestasi yang dialami Terengganu FC ketika ini dengan 3 kekalahan berturut-turut terbaru tumpas kepada Kedah 3-0 di gelanggang lawan sudah pasti mahu dihentikan segera episod hitam ini apabila berkunjung ke Kota Bharu bagi saingan Piala FA.


Lawan Terengganu ternyata bukan calang-calang terutama kejayaan mereka menyingkirkan Sabah di pusingan kedua meskipun diatas kertas berkelebihan kepada Terengganu. Pasukan yang berada kedudukan ketiga Liga M3 ini nyata perlu diberi perhatian dengan penjaring terbanyak mereka, Fakhrul Zaman sudah mencatat 4 gol dan 2 bantuan gol selain di pintu gol mereka yang dikawal oleh bekas penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail sudah dua perlawanan tidak dibolosi sepanjang perlawanan Piala FA.


Pengempur utama Kelantan United, Fakhrul Zaman

Bagi Terengganu pula kehadiran semula perancang utama, Lee Tuck yang baru pulih dari kecederaan ke dalam pasukan sedikit melegakan pengendali mereka, Irfan Bakti yang terlepas dua perlawanan terdahulu bersama anak buahnya bagi mengikuti kursus kejurulatihan di Kuala Lumpur.

Lee Tuck sedia kembali mengemudi bahagian tengah Terengganu

Yang pasti perlawanan ini bakal menjadi penentu nasib buat Terengganu FC selain dianggap perlawanan panas bagi kedua-dua penyokong pasukan berkenaan. Adakah Irfan Bakti sudah menemui penawar bagi permasalahan Terengganu ketika ini?  Jangan lupa saksikan Siaran Langsung pertemuan Kelantan United vs Terengganu FC yang bakal disiarkan di TV9 jam 9 malam ini.



Sumber : @officialterengganufc, @kelantanunitedfc, @msl

Ulasan