ULTIMATE FC? DARI MANA?

Mesti ramai penyokong Terengganu FC tertanya-tanya asal usul Ultimate FC yang diundi bertemu Terengganu FC dalam pusingan kedua Piala FA 2019. Nama tak pernah didengari di sebelah pantai timur namun cukup disegani di kalangan pasukan amatur sebelah Lembah Klang.



Ultimate FC yang ditubuhkan pada 2014 ini merupakan sebuah pasukan amatur yang pemainnya terdiri daripada pemain bermain secara separuh masa termasuk anggota polis dan diperkuatkan bekas pertahanan Terengganu FC, Azlan Zainal serta bekas penjaga gol UiTM FC, Afif Amran. Pusat latihan mereka adalah di padang Pulapol, Jalan Semarak.


Bekas pertahanan negara dan Terengganu FC, Azlan Zainal

Skuad yang dibimbing oleh Zulkhairi Mohd Zabidi ini bukan calang-calang pasukan amatur kerana mereka adalah juara Liga KV AXA 2018 (M5) seterusnya layak secara automatik ke divisyen 4 (M4) bagi tahun ini. Walaupun dianggap pasukan underdog namun mereka bertekad untuk memberi tentangan sengit kepada Terengganu FC nanti.

Saat para pemain dan pengurusan Ultimate FC menjulang Piala Liga KV AXA 2018

sumber : @UltimateFC
                 @KlangValleyLeague

Ulasan