FAIZ NASIR "DURI DALAM DAGING" BAGI TERENGGANU

Gol tunggal dari bekas pemain Terengganu, Faiz Nasir pada minit ke 55 memisahkan keputusan kedua-dua pasukan dalam perlawanan ke-7 Liga Super diantara Selangor menentang Terengganu di Stadium Shah Alam.



Penguasaan pada awal permainan lebih memihak kepada Terengganu dengan mereka terlebih dahulu menguji gawang Selangor dengan tiga siri serangan selang seminit namun kesemuanya dinafikan dengan kecemerlangan Farizal Harun. Selangor yang dilihat tercari-cari rentak memperoleh peluang terbaik namun rembatan dari Endrick melambung ke udara sebelum beliau ditukarkan akibat kecederaan.

Terengganu yang mendominasi rentak permainan terus memburu gol pendahuluan namun rembatan terakhir dari Abdul Malik Ariff setelah melepasi pertahanan terus ke dakapan Farizal. Ketika Selangor leka menyerang, Terengganu hampir mengejutkan lawan apabila serangan balas larian pantas Lee Tuck dari sebelah kiri terus meluru ke dalam kotak penalti namun rembatan terakhir beliau sekadar tersasar ke tepi.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-33 setelah Faiz Nasir yang tidak terkawal melari melepasi perangkap offside Terengganu namun percubaan beliau berjaya dihadang oleh Kamal Azizi. Minit ke 38, Khairu Azrin hampir menghadiahkan gol pendahuluan namun rembatannya dari luar kotak penalti sedikit tersasar. Selepas itu, tiada percubaan menarik kedua-dua pasukan dengan kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel separuh masa pertama ditiup.

Bsrsambung babak kedua, Terengganu terus menekan lawan dengan serangan berterusan ke kubu lawan dengan Ashari Samsudin hampir memecah kebuntuan namun rembatan beliau sekadar singgah ke tiang kanan tatkala Farizal sudah tertewas. Ketika Terengganu leka menyerang Selangor hadir dengan serangan balas menerusi Prabakaran sebelum melakukan hantaran lintang yang disudahkan dengan sempurna oleh Faiz Nasir untuk gol pendahuluan.



Selepas jaringan tersebut, Selangor seakan memperoleh suntikan semangat dengan terus menekan barisan pertahanan Terengganu hingga memaksa Irfan Bakti menukar taktikal mengeluarkan Syamim Yahya dan Lee Tuck dengan memasukkan Khairul Izuan dan Nasrullah Haniff.

Terengganu yang ketinggalan terus berusaha mencari gol penyamaan namun ketumpulan penyudah terus membelenggu mereka dengan Selangor yang sesekali datang menerusi serangan balas hampir memerangkap Terengganu terutama percubaan Faiz Nasir sedikit melepasi palang biarpun Suffian Rahman sudahpun keluar dari posisi.

Peluang terbaik Terengganu hadir pada penghujung masa tambahan apabila kesilapan barisan pertahanan Selangor hampir dihukum oleh Kipre Tchetche namun rembatan beliau ditepis dengan cemerlang Farizal Harun. Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel terakhir ditiupkan.



Sumber : @faselangormy 

Ulasan