DUA PASUKAN UBI TERENGGANU UNGGULI CARTA

Selepas 5 perlawanan yang diharungi, dua pasukan pembangunan Terengganu iaitu Terengganu FC III (Piala Presiden) dan Terengganu FC IV (Piala Belia) mengungguli carta teratas kedudukan kumpulan.

Buat Terengganu FC III meskipun membuka tirai dengan langkah kiri tumpas mengejut 2-0 kepada AMD U-17 namun mereka segera bangkit dalam perlawanan seterusnya dengan 4 kemenangan berturut-turut.


Antara pemain tumpuan pasukan ini adalah Amirul Syazwan. Berfizikal kecil tapi memiliki kemahiran tinggi dalam keadaan bola mati (sepakan percuma). Tidak pelik kenapa beliau kini adalah penjaring terbanyak pasukan ini dengan 4 gol.

Pakar sepakan percuma skuad Terengganu FC III, Amirul Syazwan. 

Manakala Terengganu FC IV pula, mereka terus mengekalkan rekod tanpa kalah 100% dengan 4 kemenangan 1 seri menjadikan Kedah, JDT IV, Pahang dan Pulau Pinang sebagai mangsa mereka.


Dua tonggak utama pasukan ini, Isa Raman dan Hairiey Hakim masing-masing telah menjaringkan dua gol dan tiga gol buat pasukan. Ketajaman serangan mereka seakan mengerunkan barisan pertahanan pasukan lawan apabila sudah meledak 11 gol setakat ini.

Penjaring terbanyak skuad Piala Belia, Hairiey Hakim.


Sumber : @officialterengganufc, @fapenang

Ulasan