PREVIEW MSL#2 : Pahang bertemu TERENGGANU FC di Darul Makmur


Pertembungan dua pasukan kuasa besar negeri Pantai Timur sudah pasti amat dinanti oleh kedua-dua penyokong mereka. Berdasarkan rekod pertemuan musim 2018, Pahang menang 3-1 di Kuala Terengganu begitu buat Terengganu menang 1-0 di Kuantan.

PAHANG

Kemenangan pertama mereka menentang Kuala Lumpur tempoh hari membuatkan pasukan kendalian Dollah Salleh lebih yakin pada pertembungan kedua Sabtu ini. Barisan hadapan mereka yang diketuai oleh Dickson Nwakaeme dan bekas pemain Santos, Ze Love seakan menghadirkan kegerunan kepada barisan pertahanan lawan ditambah dengan susuk tubuh Dickson yang digelar "Orang Besi".

TERENGGANU

Kehadiran semula dua tonggak utama, Lee Tuck dan Syamim Yahya yang bebas dari penggantungan dan kecederaan pasti mampu membantu jentera tengah Terengganu selepas hanya sekadar seri menentang PKNS tempoh hari. Ketua pasukan, Kipre Tchetche serta import terbaru, Sanjar Shaakhmedov yang masih belum menunjukkan taring sebenar mereka amat ditagih oleh Irfan Bakti untuk memberi impak pada Sabtu ini.

Ulasan