Malik Ariff muncul penyelamat Terengganu


    Gol pada minit terakhir perlawanan oleh Malik Ariff hasil bantuan dari Kipre Tchetche menyelamatkan TERENGGANU FC dari diaibkan oleh PKNS FC di halaman sendiri dalam perlawanan pembukaan tirai Liga Super 2019.

Pada babak pertama Terengganu dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan dengan serangan bertali arus ke arah gawang PKNS namun corak bertahan yang diterapkan oleh K Rajagopal menyukarkan jentera serangan Terengganu menembusi benteng pertahanan mereka. Namun Terengganu berjaya jua menemui jaringan oleh Khairul Izuan Rosli tapi dibatalkan oleh penjaga garisan kerana offsaid.

Bersambung babak kedua Terengganu yang dilihat lebih banyak menguasai perlawanan sering kali dihampakan kegagalan menemui penyudah sebaliknya PKNS FC yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Nicholas Ryan Swirad yang berpunca dari sepakan sudut pada minit ke 65.

Tersentak dengan jaringan tersebut Terengganu menggandakan tempo serangan mereka dan hasilnya gol penyamaan yang dicari muncul jua menerusi Malik Ariff selepas menerima tandukan lorongan dari Kipre Tchetche untuk menceriakan 8,300 ribu penyokong yang membanjiri stadium.

Ulasan

Catat Ulasan