TOK GAJAH MENGAMUK DI DARUL MAKMUR
Itulah yang berlaku dalam perlawanan kedua Liga Super 2019 yang membabitkan dua pasukan berjiran antara Pahang dan Terengganu di Stadium Darul Makmur.
Sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan Pahang dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dengan deretan serangan bertali arus ke arah gawang Terengganu. Hasilnya pada minit ke 13, gol dicari Pahang muncul jua hasil dari larian pantas sebelah sayap kiri, Sumareh yang berjaya melepasi kawalan Adib Aizuddin sebelum melakukan hantaran lintang rendah disambut tepat oleh Dickson Nwakaeme untuk jaringan pertama Pahang.
Pada minit ke 22, Terengganu terpaksa melakukan pertukaran penjaga gol setelah Wan Azraie mengalami kecederaan akibat pertembungan serius dengan Igor Zonjic pada gol pertama Pahang dan digantikan dengan Ilham Amirullah. Meskipun mendahului perlawanan namun Pahang tidak mengendurkan tempo malah lebih banyak mengancam gawang Terengganu terutama sepakan percuma Jose Eduardo pada hujung babak pertama mengegar palang ketika Ilham Amirullah sudah tertewas.
Bersambung babak kedua, Terengganu dilihat bangkit dengan serangan lebih tersusun terutama rembatan Adib Aizuddin pada minit ke 50 yang berjaya diselamatkan oleh Remezey Che Ros di gawang Pahang. Ketika Terengganu leka memburu gol penyamaan sekali lagi Pahang menghukum setelah sepakan penjuru dari Saddil Ramdani terus menemui kepala Goulon Herold menewaskan Ilham Amirullah bagi gol kedua Pahang.
Tersentak dengan gol tersebut, Terengganu tidak mengalah sebaliknya menggandakan serangan mereka dan hampir menemui sasaran apabila sepakan percuma Lee Tuck pada minit ke 56 ditepis oleh Ramezey dan susulan dari Malik yang melakukan hantaran lintang gagal disempurnakan oleh Kipre Tchetche. Selang dua minit kemudian, Pahang datang dengan serangan balas yang melepasi barisan pertahanan Terengganu namun rembatan Jose diselamatkan oleh Ilham Amirullah dalam satu lawan satu dan susulan bola muntah dirembat oleh Saddil Ramdani diselamatkan oleh Haniff Nasrullah ketika pintu gol sudah tidak terkawal.
Sekali lagi Terengganu berpeluang untuk memperolehi gol namun rembatan sepakan percuma rendah Lee Tuck ditepis cemerlang oleh Ramezey. Ketika perlawanan dilihat seakan berakhir dengan dua gol sekali lagi Pahang menamatkan sisa perjuangan Terengganu apabila gerakan Dickson Nwakaeme berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Terengganu sebelum melakukan lorongan penting untuk disudahkan dengan tenang oleh pemain gantian, Norshahrul Talaha menceriakan 28 ribu penyokong di Stadium Darul Makmur.

Ulasan
Catat Ulasan