IGOR BIKIN KUALA LUMPUR KIAN SENGSARA


Insiden lampu limpah terpadam menghiasi pertemuan diantara Kuala Lumpur menentang Terengganu FC di Stadium Cheras hingga memaksa komisoner perlawanan menangguhkan waktu perlawanan selama 30 minit.

Sebaik sepak mula bermula, kedua-dua pasukan kelihatan cuba bermain lebih berwaspada dengan bola lebih berlegar-legar di tengah padang meskipun beberapa percubaan berbahaya berjaya dilakukan terutama tuan rumah, Kuala Lumpur apabila lorongan dari Ryutaro Karube pada mengelirukan barisan pertahanan Terengganu namun sayang penyudah terakhir dari Zhafri Yahya sekadar singgah ke tepi jaring dalam 1 sama 1 dengan Suffian Rahman pada minit ke 6.
Foto by : Terengganu Football Club

Pasukan pelawat, Terengganu juga berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-30 namun lorongan dari Sanjar yang menemui Malik gagal diterjemahkan dengan jaringan apabila rembatan Malik dinafikan dengan cemerlang oleh kaki Sharbinee Alawee. Kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Terengganu lebih kelihatan meningkatkan tempo serangan mereka diketuai oleh Kipre Tchetche. Tatkala Terengganu leka menyerang Kuala Lumpur yang sesekali datang hampir mengejutkan lawan apabila tandukan dari Paulo Josue pada minit ke 61 susulan dari hantaran lintang menerjah gawang namun dibatalkan oleh pengadil kerana offside.

Terengganu sekali hampir berpeluang apabila percubaan deras dari Sanjar sedikit tersasar melepasi palang. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya gol yang dicari Terengganu muncul jua menerusi dari sepakan penjuru Lee Tuck yang menemui kepala Igor Zonjic bagi gol pertama Terengganu.

Selepas gol tersebut Kuala Lumpur dilihat cuba bangkit namun kekebalan Terengganu bertahan meranapkan impian mencari gol penyamaan mereka. Terengganu yang semakin mendapat rentak terus bernafsu mencari gol menerusi beberapa percubaan namun kedudukan 1-0 kekal sehingga tiupan terakhir wisel dari Amirul Izwan.

Ulasan