AYOH RANAPKAN IMPIAN HARIMAU SELATAN
Gol pada penghujung perlawanan meranapkan impian JDT untuk meraih tiga mata penuh dalam pertemuan ketiga Liga Super menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Babak pertama bermula, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan menguji gawang lawan namun Terengganu berjaya mengejutkan lawan pada minit ke 7 apabila back-pass Kipre Tchetche disambar oleh Lee Tuck yang berlari mengatasi barisan pertahanan lawan sebelum melorongnya untuk disudahkan dengan cantik Khairul Izuan Rosli meletakkan Terengganu dihadapan. Tersentak dengan jaringan tersebut, JDT meningkatkan tempo mereka dan hampir menyamakan kedudukan tapi tandukan Aidil Zafuan sedikit tersasar hasil dari sepakan penjuru Safawi Rashid.
Meskipun JDT melakukan serangan bertali arus, Terengganu yang sesekali hadir hampir menemui gol kedua apabila sepakan percuma Lee Tuck sedikit melepasi palang begitu juga percubaan Sanjar sedikit tersasar ketika Farizal sudah tertewas. Ketika separuh masa hampir menuju masa rehat JDT dianugerahkan sepakan penalti setelah Diogo dikasari oleh Adib Aizuddin dalam kotak penalti. Diogo yang sendiri yang mengambil sepakan tersebut gagal melaksanakannya apabila sepakannya keluar ke tepi kiri tiang. Kedudukan 1-0 kekal bagi separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, JDT kembali garang setelah kembali dari bilik persalinan dengan serangan bertali arus ke arah gawang Terengganu percubaan berbahaya Cabrera sedikit tersasar ke arah sisi gawang. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya gol penyamaan dicari muncul jua setelah JDT sekali lagi dianugerahkan sepakan penalti selepas Cabrera ditarik oleh Igor dalam kotak penalti. Safawi Rasid yang mengambil sepakan tersebut tenang untuk menyempurnakannya pada minit ke 63. Belum sempat Terengganu mengatur semula rentak sekali lagi JDT hadir dengan gol kedua menerusi tandukan Diogo Luis Santo hasil dari sepakan percuma Cabrera pada minit ke 68.
Setelah ketinggalan pengendali Terengganu, Irfan Bakti menukar taktik dengan dua pertukaran membawa masuk Abdul Malik Ariff dan Ashari Samsudin. Hasilnya gol penyamaan Terengganu muncul jua pada akhir perlawanan setelah tandukan lintang dari Nasrullah Haniff menemui Kamal Azizi yang melakukan satu tapping untuk menewaskan Farizal Marlias di gawang JDT bagi menceriakan 10,808 penyokong yang hadir di stadium.

Good effort tfcii
BalasPadam